TABIKA KEMAS Bustanul Ariffin
Kg. Rantau Panjang,42100 Klang
Selangor Darul Ehsan.
Http://Kemasbustanulariffin.blogspot.com
Kepada ,
Ibu bapa dan penjaga.
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah di rujuk.
2. Sukacita di maklumkan TABIKA KEMAS Bustanul Ariffin dan TABIKA KEMAS Bustanul Aqil akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia pada ketetapan seperti berikut:
TARIKH ; 16 Hb.Sep 2011 / Jumaat
MASA ; 7.30 Pagi.
TEMPAT : Perkarangan TABIKA KEMAS Buastanul Ariffin & Aqil
3. Sambutan ini akan di buat dengan gabungan TABIKA-TABIKA KEMAS zon Rantau Panjang iaitu TABIKA KEMAS Bustanul Zamrud,TABIKA KEMAS Bustanul Haiyat dan TABIKA KEMAS Bustanul Hannan.
4. Sehubungan dengan ini semua kanak-kanak di wajibkan hadir ke program ini,dengan ini juga kami menjemput ibu bapa hadir bersama-sama memeriahkan program sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun dan Hari Malaysia.
5. Kanak-kanak di kehendaki memakai pakaian sukan TABIKA.TABIKA akan bercuti pada hari Isnin bersamaan 19 Hb.Sep.2011.
Bersama-sama ini disertakan aturcara program untuk makluman dan rujukan Tuan/Puan.
Sekian Terima Kasih
Yang menjalankan tugas
………………………………
JAMILAH MOHD NOR
T/Setiausaha
0 komentar:
Posting Komentar